Syarat-syarat talak

Syarat-syarat talak

Syarat-syarat talak

 

Syarat-syarat talak
Syarat-syarat talak

1. Sang suami harus berakal

Oleh kerana itu tidak sah talak yang dijatuhkan oleh suami yang gila walaupun kegilaannya itu dating terputus-putus dan tidak tetap. Apabila ia menceraikan isterinya ketika ia sedang gila maka tidak dianggap talak dan tidak dihitung setelah ia tersedar dari gilanya dan tidak dihitung setelah ia tersedar. Tidak ada perbezaan pada terjadinya talak dari orang yang mabuk dan melampaui batas dengan mabuknya antara ia sampai kepada batas yang menyerupai orang gila. Oleh kerana itu tidak boleh ia membezakan antara langit dan bumi,lelaki dan perempuan. Talaknya jatuh baik pada awal mabuknya atau akhirnya.

Mazhab Hanafi – “Had mabuk menurut imam adalah kesenangan yang menghilangkan akal sehingga orang mabuk tidak dapat membezakan antara langit dan bumi”. Maknanya bahawa orang mabuk yang sampai kepada batas yang menyerupai orang gila jatuh talaknya termasuk paling utama sesuatu yang apabila pemabuk itu tidak sampai kepada batasan ini. Adapun dua mazhab yang lain maka memandang bahawa batasan mabuk adalah kegembiraan yang dapat mengalahkan akal sehingga orang yang mabuk itu tidak penting dalam percakapannya dimana kebanyakkan kata-katanya main-main. Jika separuh kata-katanya main-main dan separuhnya serius maka tidak dianggap mabuk tapi digauli seperti menggauli orang yang sedar dalam seluruh keadaannya tapi orang yang lebih dari itu dengan bercampurnya akalnya sehungga tidak dapat lagi membezakan antara langit dan bumi dan antara lelaki dan perempuan maka talaknya jatuh juga.

2. Lelaki itu baligh

Tidak jatuh talak suami yang masih kecil yang belum baligh walaupun sudah menjelang baligh dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk.

Mazhab Hanbali – “Jatuh talak lelaki yang dapat membezakan antara baik dan buruk dan mengetahui apa itu talak dan yang mengakibatkan pengharaman isterinya sekalipun suaminya itu belum berumur sepuluh tahun. Dan sah ia mewakilkan selainnya untuk bercerai sebagaimana orang lain sah mewakilkannya dalam talak”.

3. Sang suami tidak dipaksa

Oleh kerana itu tidak sah talak orang yang dipaksa sesuai dengan perincian dalam mazhab-mazhab

Mazhab Hanafi – mereka berkata: “Talak orang yang dipaksa berbeza dengan pendapat tiga imam yang lain”. Oleh kerana itu, jika seseorang dipaksa untuk menceraikan isterinya dengan dipukul atau dipenjarakan atau diambil hartanya maka talaknya jatuh. Jika sang isteri sudah dijimak maka tiada apa-apa untuk suami. Jika tidak yakni sudah dijimak maka orang yang memaksanya wajib memberikan setengah dari mahar. Disyaratkan bahawa pemaksaan itu dengan mengucapkan talak. Apabila ia memaksanya untuk menulis talak lalu ia menulisnya maka talaknya tidak jatuh dengan tulisan itu. Demikian juga apabila ia memaksanya untuk menetapkan tanpa pemaksaan dalam keadaan berdusta atau main-main maka sesungguhnya talak itu tidak jatuh kerana menurut agama diantaranya ada Tuhannya tapi jatuh talak itu menurut pengadilan kerana hakim hanya melihat yang Nampak dan tidak mengetahui apa yang ada dalam hati sang suami.

Mazhab Maliki – mereka berkata: “Tidak jatuh talak atas orang yang dipaksa”. Pemaksaan terbahagi dua; pemaksaan untuk menjatuhkan talak dengan perkataan dan pemaksaan untuk melakukan sesuatu yang mewajibkan talak. Perbuatan ada kalanya berhubungan dengan hak orang lain da nada kalanya tidak. Adapun memaksa menjatuhkan talak maka ia tidak wajib apa-apa tidak juga qada dan tidak juga menurut agama sesuai dengan kesepakatan para ulama. Sehingga seandainya ia dipaksa untuk menceraikan isterinya talak satu maka ia menjatuhkan lebih banyak talak maka sesungguhnya ia tidak wajib memberikan sesuatupun kerana orang yang dipaksa tidak memiliki dirinya seperti orang gila dengan syarat ia tidak berniat melepaskan ikatan pernikahan secara batin.

Mazhab Syafi’e

mereka berkata: “Talak orang yang dipaksa tidak jatuh dengan syarat:
1. Seseorang mengancamnya dengan disakiti iaitu oleh orang yang mampu untuk melaksanakan ancaman itu ketika itu juga seperti orang yang berkuasa.
2. Orang yang dipaksa itu tidak mampu untuk membela dirinya dengan cara lari atau minta tolong dengan orang yang mampu untuk membelanya
3. Orang yang dipaksa menyangka bahawa jika ia tidak mahu menceraikan isterinya maka ia dianiaya seperti yang diancamkan kepadanya
4. Pemaksaan itu bukan dijalan kebenaran. Jika ia dipaksa untuk menceraikan isterinya dijalan kebenaran maka jatuhlahtalaknya seperti apabila ia beristeri dua dan bagi salah satu dari dua isteri itu ada hak pembahagian jatah disisinya dan ia menceraikannya sebelumisterinya mengambil haknya kemudian ia menikahi saudara perempuannya dan ia (isteri yang diceraikan tadi) menuntut haknya lau hakim memaksa lelaki ini untuk menceraikan saudaraperempuan yakni saudara isteri yang diceraikannya dan mengembalikan wanita yang dicerai tadi sehingga dapat mengambil kembali haknya maka sesungguhnya perceraian itu sah kerana sesuai dengan kebenaran.
5. Tidak jelas dari orang yang dipaksa itu jenis kebebasan
6. Ia tidak berniat talak. Jika ia meniatkannya dalam hatinya maka jatuhlah talak

Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Talak orang yang dipaksa tidak jatuh dengan syarat:
1. Pemaksaan itu bukan dibidang kebenaran
2. Pemaksaan itu dengan sesuatu yang dirasakan sakit seperti ia diancam dengan sesuatu yang berbahaya dan berat seperti dibunuh, dipotong tangan atau kakinya atau dipukul dengan keras
3. Pemaksa itu mampu untuk melaksanakan apa yang diancamkannya
4. Kuat sangkaan orang yang dipaksa ini bahawa jika ia tidak menceraikan isterinya maka terwujudlah ancaman menyakitkan itu
5. Orang yang dipaksa ini tidak mampu untuk membela dirinya dan tidak mampu untuk lari, demikian juga apabila ia dipaksa dengan dipukul secara nyata atau digantung atau diikat kaki dan tangannya walaupun tanpa ancaman maka talaknya tidak berlaku dalam keadaan ini.

Sumber: https://www.dutadakwah.org/