Rukun Talak

Rukun Talak

Rukun Talak

Rukun Talak
Rukun Talak

Rukun talak ada empat:

1- Suami

tidak terjadi talak lelaki lain yang tidak memiliki akad nikah kerana sesungguhnya engkau apabila telah mendifinasikan bahawa talak adalah mengangkat akad nikah maka tidak boleh terwujud hakikat talak kecuali setelah hakikat akad.

2- Isteri

oleh kerana itu tidak jatuh talak atas wanita lain sebagaimana yang telah engkau ketahui sepertinya juga wanita yang dijimak dengan kepemilikan sebagai hambanya. Seandainya ia menceraikan hambanya maka cerainya tidak jatuh kerana hambanya itu bukan isterinya.

3- Bentuk talak

kata yang menunjukkan lepasnya akad nikah baik secara jelas mahupun kinayah

4- Maksud

mengucapkan dengan lafaz talak

Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Sesungguhnya rukun talak satu perkara iaitu sifat yang ada dengan orang yang menceraikan iaitu terjadinya perceraian sebagaimana yang telah diterangkan dalam definisinya”. Tatkala talak tidak mungkin nyata kecuali dengan ungkapan yang menunjukkan pengertian talak maka mereka berkata: ”Sesungguhnya rukun talak adalah bentuk unkapan yang menunjukkan yang sebenarnya baik dengan kata yang jelas mahupun kinayah (sindiran)”. Adapun selain empat perkara yang tersebut sebagai rukun talak maka itu tidak jelas kerana suami dan isteri adalah dua badan yang dapat disaksikan. Talak adalah sifat anggapan.oleh kerana itu tidak ada pengertiannya kalau suami isteri dianggap maknawi. Bentuk adalah sifat bagi pembicaranya. Tidak mungkin dianggap sebagai rukun kerana darurat kerana sifat itu menunjukkan pengertian talak.

Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Jika sang suami menggantungkan talak isterinya kalau isterinya menikah lagi maka talaknya itu dianggap jatuh dan jatuhlah talaknya apabila ia menikahinya”. Sesungguhnya tidak ada hujah dalam hadis yang tersebut diatas yang meniadakan hal ini kerana talak digantungkan atas memiliki banyak wanita. Apabila ada kepemilikan maka jatuhlah talak. Talak tidak jatuh dalam bentuk taklik sebelum kepemilikan.

Baca Juga: